Rabu, 28 Oktober 2020

7 Langkah Penjagaan Kereta Sewaktu PKPB atau CMCO

Baru-baru ini Menteri Kanan (Keselamatan) memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB/CMCO) telah dilanjutkan ke 9 November 2020 di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Hm...kita ikut je lah kan sebab taknak la jumlah kes COVID-19 ni semakin mencanak naik. Tapi kan, kita ni boleh lah duduk rumah dendiam, tapi kereta kita ni tak boleh biar diam-diam je kat porch tu. Merajuk dia nanti. Ini 7 Langkah Penjagaan Kereta Sewaktu PKPB atau CMCO.


1. Pilih tempat parking terbaik


Pastikan kita park kereta kita kat tempat yang cerah dan dibawah teduhan. Kalau boleh, pilih parking berbumbung dan elakkan parking kat tempat yang jauh dari orang. Tapi kan, parking kat tempat berumput ni tak sesuai sebab kereta boleh berkarat. Pastu, nanti senang semut masuk ke kereta. Sebaiknya tutup kereta dengan cover.

2. Penuhkan tangki minyak


Minyak petrol sebenarnya boleh tersejat dan tangki kosong kereta yang terlalu lama ditinggalkan, akan berlaku kondensasi. So penuhkan tangki, letak stabilizer untuk elakkan minyak karat dan meruap.

3. Bersihkan kereta


Bersihkan kereta sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, kalau tak mampu bersih hari-hari. Gunakan kain basah untuk lap dashboard dan kawasan yang lain. Sekarang ni kan tengah panas kain lap kayangan berjenama Norwex tu, senang je nak lap kereta, cuma pakai air je. Pastikan buang semua sampah yang boleh buat lipas, tikus dan ulat beranak pinak dalam kereta.

4. Check bateri


Buang connection bateri kereta untuk elakkan bateri discharge. Start enjin setiap 2-3 hari dan biarkan enjin panas sekejap. Atau jalan-jalan kejap bawak anak-anak keluar round-round taman perumahan je hahaha.

5. Elakkan guna handbrake

Bila kita tinggal kereta lama sangat, sistem handbrake boleh berkarat. Kalau boleh tahan kereta dari bergerak dengan letakkan sendal saja di tayar. Tapi kalau kita buat tips nombor 4 tu, tak perlu buat tips nombor 5 ni.

6. Jaga tayar


Tayar ni macam kita jugak, kalau tak bergerak lama boleh rosak. Pastikan angin tayar cukup sentiasa dan cuba alih posisi atau pusingkan tayar setiap 3 hari.

7. Tutup semua lubang, valve dan port


Tikus suka masuk dalam kereta buat sarang. Lagi-lagi kalau ada lubang-lubang yang sempit dan selamat untuk dia. Guna tape atau kain untuk tutup untuk ports, vents, valve covers, cylinder heads, intake dan exhaust ports.

8. Insurance


Jangan lupa renew roadtax dan pastikan insurance kereta hidup. Sekarang ni, kita boleh buat online je. Kereta kita tak perlu pun hibernate waktu covid 19 ni. Sekali-sekala, jemput datang servis kereta kat bengkel kami di Shah Alam ni.


Jagalah kereta elok-elok supaya kita tak tanggung rugi besar lepas CMCO ya.

#colleensauto
#tipskereta
#shahalam

Rabu, 7 Ogos 2019

Bengkel Kereta Untuk Wanita di Harian Metro


Bengkel Kereta Untuk Wanita di Harian Metro

Pada bulan Jun 2019 yang lepas, kami dihubungi oleh wartawan Harian Metro dan Puan Siti menyatakan bahawa beliau ingin menemuramah kami sebagai pemilik Rahim Auto Sdn Bhd dan artikel ini akan dimuatkan di halaman Wanita di dalam Harian Metro.





Dan akhirnya, pada 28 Jun 2019 artikel mengenai Bengkel Kereta Untuk Wanita ini disiarkan di Harian Metro.


Bengkel Kereta Untuk Wanita di Harian Metro

Bengkel merah jambu
BERHADAPAN masalah enjin kenderaan tidak berfungsi secara tiba-tiba dalam kesesakan jalan raya, membuatkan Saudah Salleh panik disebabkan dia langsung tiada pengetahuan mengenai kereta. Malah perkara asas seperti membuka bonet hadapan juga di luar pengetahuannya. Perkara ini amatlah memalukan diri sendiri lantaran suami bekerja sebagai mekanik.

“Saya dapat membayangkan sekiranya isteri mekanik turut menggelabah disebabkan tiada pengetahuan asas mengenai kereta, apatah lagi wanita lain. Sudah tentu ramai di antara kaum Hawa berhadapan masalah sama. Itu belum masuk dikenakan bayaran yang tidak sepatutnya apabila diminta menukar komponen kereta yang tidak perlu,” katanya yang ditemui di bengkel miliknya, Rahim Auto Sdn Bhd di Shah Alam, Selangor.


WANITA seharusnya mengetahui mengenai kenderaan untuk mengelak ditipu.
Berikutan masalah yang kerap dihadapi wanita mendorong Saudah membuka bengkel sendiri tetapi dengan memberikan tumpuan kepada pelanggan wanita. Sesuai tema, keseluruhan bengkel dicat warna merah jambu dan putih bagi memberikan keselesaan atau rasa feminin kepada pelanggan.
Malah setiap mekanik dididik dan diajar untuk memahami bahasa wanita. Misalnya ramai wanita mengatakan kereta ‘mati’ enjin tetapi tidak dapat menjelaskan secara lanjut mengenainya.
“Kebiasaannya wanita tidak tahu apa yang perlu dijelaskan dan hanya memberitahu kereta rosak. Pada hal ia mungkin disebabkan kerosakan pada enjin atau bateri,” jelasnya.
Mengulas lebih lanjut, berdasarkan kajian yang pernah dijalankan syarikat automatif menunjukkan hampir 80 peratus wanita tidak mengetahui mengenai kenderaan mereka manakala 20 peratus lagi hanya memberikan pendapat dengan merujuk kepada orang lain.
Jadi sebagai pemilik bengkel untuk wanita, Saudah bertanggungjawab memberikan kesedaran mengenai penyelenggaraan kereta supaya golongan ini lebih berpengetahuan. Memahami secara lebih mendalam juga membuatkan wanita menjadi lebih berdikari dan tidak mengharapkan suami semata-mata.
“Ada wanita berasakan bengkel sebagai tempat yang menakutkan. Jadi ada segelintir tidak berani bersendirian tanpa ditemani suami atau keluarga. Mereka bimbang tidak dapat menyampaikan dengan tepat mengenai masalah kereta dan risau sekiranya ditipu pemilik bengkel,” katanya.
Katanya, tujuan utama pembukaan bengkel itu untuk memberi tumpuan kepada pemandu wanita supaya mereka lebih memahami mengenai kenderaan dan tidak mengharapkan suami atau ahli keluarga sebagai peneman.
“Untuk penyelenggaraan yang baik pelanggan digalakkan menghantar kenderaan pada bengkel sama supaya mekanik tahu setiap masalah pada kenderaan mereka. Menerusi cara ini mekanik boleh mengetahui sejarah penyelenggaraan kereta dan menyelesaikannya,” katanya.
Terkenal dengan gelaran Bengkel Pink, jelas Saudah, mereka juga turut menyediakan khidmat penyelenggaraan kenderaan di jalan bergantung kepada kerosakan. Namun ia turut bergantung kepada situasi. Malah Saudah sering memberi peringatan kepada wanita kepentingan untuk mengetahui mengenai insurans dan perkhidmatan menarik kenderaan secara percuma.

PENTINGKAN KEBERSIHAN DALAM BENGKEL


Oleh kerana kebanyakan wanita sangat mementingkan kebersihan, sebagai pemilik bengkel, Saudah sentiasa memastikan lantai dalam keadaan bersih tanpa sebarang tumpahan minyak manakala susunan peralatan dalam keadaan kemas. Ini bagi memastikan pakaian pelanggan tidak terkena calitan minyak atau karat besi sepanjang menunggu kenderaan siap.


WANITA seharusnya mengetahui mengenai kenderaan untuk mengelak ditipu. FOTO: Sairien Nafis
“Sebagai pemilik bengkel saya juga pernah menjadi pelanggan. Jadi pengalaman ini saya gunakan bagi memberikan yang terbaik kepada wanita agar mereka sentiasa berada dalam keadaan selesa dan tenang,” katanya.
Selain menguruskan kerja di bengkel bersama suami, Saudah turut memberikan pendidikan mengenai kenderaan di media sosial. Secara tidak langsung dia dapat mendidik pemandu wanita mengenai perkara asas misalnya mengisi angin tayar, mengesan kerosakan pada bateri dan memahami mengapa perlu menghantar kereta ke bengkel apabila kenderaan sudah bergerak sejauh 5,000 atau 10,000 kilometer.
“Sifat semula jadi wanita sememangnya tidak suka kepada perkara berkaitan teknikal. Mungkin disebabkan banyak tanggung jawab yang perlu dilaksanakan di rumah membuatkan mereka mengabaikan perkara membabitkan kenderaan sedangkan ia sangat penting. Apa yang sering saya tekankan adalah mengetahui mengenai perkara asas bagi mengelak ditipu,” tegasnya.
Menyedari tidak banyak bengkel menyediakan perkhidmatan seperti yang diberikan di bengkelnya, cabaran dan tugas Saudah menjadi lebih berat. Tetapi dia percaya lama-kelamaan menerusi penulisan dia mampu mengubah tanggapan wanita mengenai selok-belok kenderaan.
Saudah yang memiliki pengalaman selama 17 tahun dalam bidang perakaunan menjelaskan, untuk berubah bidang kepada penyelenggaraan kenderaan bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak perkara yang perlu dilakukan bagi meluaskan pengetahuannya.
“Selain mendapatkan maklumat daripada suami, saya banyak membaca di Internet mengenai ‘kesihatan’ kereta. Berdasarkan pengalaman sendiri apabila berurusan dengan pelanggan, ia membantu untuk saya lebih yakin apabila memberikan pendapat kepada mereka,” katanya.

Sabtu, 5 Januari 2019

KENAPA TINGKAP SAYA TAK BOLEH TURUN NAIK?

KENAPA TINGKAP SAYA TAK BOLEH TURUN NAIK?


Pernah tak, masa tengah nak turunkan tingkap kat Lorong Touch N Go atau kat Drive-Thru, tetiba tingkap tak boleh turun? Atau dah selesai urusan, tetiba tak leh naik? Lepastu pulak, langit mendung cuaca dah gelap hujan dah mula turun rintik-rintik dan kita agak akan menjadi lebat? Aaaaarggggggghhhhh. Memang stress sangat. Dan sebabkan kita menggelabah. Mesti terfikir, kenapa tingkap tak boleh turun atau naik ni?


Jika ini berlaku, anda adalah MANGSA tingkap rosak! 


Kerosakan tingkap ni jarang berlaku, tapi boleh berlaku tanpa amaran. Tetiba je tak boleh turun naik. Takde tanda-tanda tingkap nak rosak pun.


Selalunya, yang cepat rosak adalah tingkap sebelah driver, sebab driver yang selalu gunakan tingkap. Touch N Go, Drive-thru, Access Card, ambil tiket parking dan sebagainya.


"Kereta-kereta yang baru berusia 4 atau 5 tahun pun boleh rosak tingkapnya", kata Tuan Rahim, pemilik Rahim Auto di Shah Alam.


Beliau mengingatkan pemandu terutamanya pemandu wanita yang mengalami masalah tingkap ini agar membawa kereta terus ke bengkel yang dipercayai dengan segera.


Tingkap yang rosak ni boleh mengundang BAHAYA, jadi jika ia berlaku, terus ke bengkel untuk baiki ya uols.


Pernah tak terjadi, kadang-kadang tingkap boleh turun naik, lepastu stuck. Tapi lepas 5 minit, boleh guna balik. Ini mungkin disebabkan motor tu overheat. So, bila dah sejuk sikit, boleh la guna.


Adakalanya, dah turun tingkap, terus tak boleh naik. Atau tak boleh nak turunkan tingkap dah lepastu. Haaaa yang ni kiranya kerosakan kekal.


Biasanya mekanik akan bukak lapik pintu tu dan check apa puncanya tingkap tak boleh naik turun.


PUNCA TINGKAP ROSAK


Biasanya punca tingkap rosak ada 3.


#1 MOTOR (REGULATOR) ROSAK

#2 WINDOW SWITCH ROSAK

#3 MOTOR DAN SWITCH ROSAK


Jika ini berlaku, kalau kita pandai DIY, boleh je beli spare part sendiri dan tukar sendiri. Namun, jika tiada pengetahuan dan pengalaman, carilah bengkel yang dipercayai untuk diagnos punca kerosakan dan terus baiki dengan cepat. Takut pulak jadi macam tikus membaiki labu, makin dibaiki makin teruk rosaknya.

Kereta ni nak pakai lama, paling-paling pun sampai habis bayar, malahan mungkin lebih dari itu.


Kereta adalah ukiran kehidupan seharian kita.

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh Whatsapp ke www.wasap.my/601120132276/B

Take care Ladies!


Isnin, 11 Jun 2018

TIPS RINDU KAMPUNG - EDISI KERETA - BASUH DAN BERSIHKAN

TIPS RINDU KAMPUNG - EDISI KERETA - BASUH DAN BERSIHKAN


Meh Ahkak nak bagitau. Satu tips rindu kampung - edisi kereta. Sebelum balik kampung, BASUH dan BERSIHKAN kereta dulu. 
****************************************************


1. Bukan apa, kita tak mahulah bawak semut lipas balik kampung kita kan.
Basuh bagi kilat merelit, baru best balik kampung.


2. Buang semua sampah dalam kereta. Plastik gegula. Tisu. Kertas. Resit. Botol air mineral. Kasik clear semua.


3. Bayangkan, kita nampak kereta depan brek. Tapi kereta kita masih laju sebab brek takleh tekan sebab ada botol air mineral kat pedal brek. Haaaaaa naya!


4. Lepastu, kurangkan barang-barang yang tak perlu.

Contohnya, akak-akak yang ada kasut 10 pasang dalam kereta boleh simpan 9 kat rumah. 1 je biar dalam kereta.

Raya kan kita ada kasut Raya.


5. Fail ke kotak ke pape je lah. Simpan je kat rumah, atau buang terus ke Tong Recycle. Lagi baguih.

Ha? Ahkak tanya kenapa nak kasik clear?


6. Kak. Kita kan nak balik kampung. Nak bawak baju raya. Kuih raya. Mercun raya. Langsir raya.

Nanti tak muat pulak bonet kereta kita. Buat rugi saja bawak sampah sampai kampung.


7. Bazir minyak petrol sebab bila kereta kita berat dengan sampah, lebih petrol digunakan untuk proses pembakaran.

Kira macam bakar banyak petrol, tapi pergi macam siput je.

Ingat ya.

Basuh dan Bersihkan kereta Raya kita.

Kalau suka warna pink, mai datang Bengkel Pink.

Selamat Hari Raya. 

Servis kereta sebelum balik kampung.

Jangan biarkan famili kita termenung.

Sabtu, 9 Jun 2018

1 SEBAB RAHIM AUTO NAK PEMANDU WANITA DATANG AWAL KE BENGKEL

1 SEBAB RAHIM AUTO NAK PEMANDU WANITA DATANG AWAL KE BENGKEL

****************************************************************

Saya seorang Akauntan berumur 40 tahun. Kereta ni dah macam bestfriend saya dah. Banyak masa saya spend dalam kereta. Drive pergi balik office. Drive ke meeting. Drive pergi submit document. Jadi memang selalulah duduk dalam kereta ni.


Sekarang ni, kereta saya dah habis waranti. Bila time nak servis, saya main hantar je kat memana bengkel. Mana yang sempat la.


Tapi, saya tak suka gi bengkel waktu tengahari hingga ke petang. Saya suka datang pagi.


Sebab tu, saya SUKA dengan PROMOSI RAHIM AUTO beri ni. Datang awal tak banyak kereta lagi. Boleh siap cepat. Lepas tu belum berapa panas. Dan juga dapat DISKAUN RM10 pulak tu.

1 SEBAB RAHIM AUTO NAK PEMANDU WANITA DATANG AWAL KE BENGKEL
Sebab itu, Rahim Auto menjadi pilihan saya di bulan Ramadhan ini.


~Cik Sue, Cheras, Toyota Rush~


*************************************************************


Eh biar betul.

Betul la. Kami nak bagi diskaun. Buatlah apa saje, dapat claim diskaun ini.
Ala, SEPULUH RINGGIT JE?

Sabar, kak. Ada lagiiii.

3 TERAWAL setiap hari akan dapat FREE GIFT dari kami. Akak pilih je nak FREE CAR WASH atau FREE KOREAN MASK yang memang Boss beli kat Korea.

Tapi, tawaran ni terhad di bulan Ramadhan kak. Habis puasa, habislah promo ini.

Nak lagi BEST?



Cepat-cepat ya sebab bila tekan link tu,


Dapat DISKAUN RM10


Dapat FREE CAR WASH atau


Dapat FREE KOREAN MASK


Jangan terlepas peluang ini.

Isnin, 18 September 2017

Bang, BATERI baru je 1 TAHUN, dah kong! 3 tips panjangkan nyawa bateri

Dalam bulan ni, ramai customer call, cakap kereta tak boleh start. Bila kereta tak boleh start, antara sebabnya adalah bateri.

Kalau bateri dah kong, antara bunyi yang keluar masa nak pusing kunci adalah "ketak ketak". Ataupun "ek ek ek". Hahaha kelakar tapi memang macam tu bunyi nya.

First thing, kena check tarikh beli bateri dulu. Kalau kurang 1 tahun, boleh pergi balik tempat yang beli bateri tu, mintak tukar sebab masih dalam waranti. Kalau dah lebih setahun, tak boleh tolong kecuali beli bateri baru.

Then ada customer tanya, macam mana nak panjangkan hayat bateri? 

Okay, ada 3 cara untuk buat bateri kereta tahan lama.

1. Check kepala (terminal) bateri setiap bulan.

- Ini penting supaya kepala bateri tu tak berkarat.

2. Jangan gunakan aksesori kereta macam radio, lampu, charger sebelum start kereta

- Semasa enjin kereta hidup, alternator kereta akan cajkan bateri bila voltan bateri turun. Tapi kalau kereta belum start, kita akan gunakan bateri semata-mata untuk mainkan radio, on kan lampu dan gunakan charger. Ini akan merosakkan bateri sebab bateri kereta bukan untuk aksesori kereta.

- So, ELAKKAN guna aksesori kereta tu semasa enjin kereta OFF. Juga pastikan OFF radio, lampu, cabut in-car charger semua tu sebelum matikan enjin. Kalau boleh, untuk kereta-kereta baru, deactivate auto lamp supaya tak banyak guna bateri masa nak start kereta.

3. Pastikan bateri kereta tu diikat dan kabel bateri tu berkualiti.

- Kalau bateri tak diikat dan bergerak-gerak, ada kemungkinan yang ianya cepat rosak dan boleh berlaku litar pintas atau shot!


So, cuba buat semua tips ni dulu. Tapi kalau dah buat, and bateri cepat jugak kong, kena check alternator pulak. Takut alternator problem, sebab tu bateri tak dicaj.

Semoga bermanfaat. Take care!


*Like FB Page RAHIM AUTO. Terima kasih.

Isnin, 6 Mac 2017

5 Cara untuk MEMBUNUH Kereta Kita





Ergh, tajuk memang menakutkan! Sorry tapi ini adalah kenyataan jika kita buat 5 perkara ini.

1. Biarkan je Lampu Check Enjin tu menyala.


Sumber : Google

Sebenarnya kan, bila lampu ni menyala kat dashboard, kita kena dah start gelabah dah. Sebab ni tandanya ada problem kat enjin kita.

So, apa kita kena buat? Teruslah ke bengkel yang kita percaya dan yang kita biasa pergi. Sebab biasanya ini ada kaitan dengan enjin kereta kita. Dannnn, enjin ni kan macam jantung kereta. Apa-apa hal dia terhenti, terus tak boleh gerak kereta kita.

Jangan biarkan lama-lama, takut makin besar masalah dan makin besar poket kita koyak nak membayarnya.

2. Gagal menukar cecair dan penapis.


Sumber : Google

Cecair kereta bukan hanya setakat minyak enjin/minyak hitam je, ada banyak lagi sebenarnya. Minyak ATF, Coolant, Minyak Power Steering dan macam-macam lagi.

So, kita kenalah tahu sedikit tentang minyak atau cecair ni yang perlu ditukar. Takdelah kita main drive je, tetiba kereta breakdown, pastu kena bayar kos pembaikan yang beribu-ribu. 

Penapis pun sama. Ada oil filter, air filter, air-cond filter, ada banyak lagi filters dalam kereta ni. Tugasnya adalah menapis kotoran atau angin. For sure akan kotor dan boleh sebabkan tersumbat.

So, pergilah ke bengkel yang kita percaya dan Google jugak apa yang perlu ditukar mengikut mileage kereta.

3. Abaikan keadaan tayar.

Haaaa, yang ni, bukan hanya bunuh kereta, sesilap kita pun terikut join sama. Sebab tayar adalah benda penting untuk kereta kita. Pernah alami tayar pecah semasa kita drive? Bayangkan kalau kita tengah bawak laju. Memang ngeri lah sebab saya pernah ternampak kemalangan disebabkan tayar pecah.

Sumber : Google
4. Tak Ikut jadual penyelenggaraan.

Semua barang dalam kereta kita ada jangka hayat atau life span. Bila sampai waktunya, ia akan rosak dan perlu diganti. Jadi kita memang kena tahu sedikit ilmu berkaitan kereta. Dan kita kena tahu bila masanya kena tukar barang tu supaya takdelah kita pokai masa kena tukar sparepart kereta.

Selalunya, saya buat bajet BULANAN untuk kereta macam ni.

Bayar bank - RM500.00
Servis kereta -RM50.00
Roadtax insurance - RM100.00
Lain-lain penyelenggaraan - RM200.00

So, kena sediakan RM850.00 sebulan. RM500 bayar bank, lagi RM350.00 tu masuk akaun ASB atau akaun yang lain dari akaun gaji/shopping kita. Sebab selalunya, kalau nampak ada duit, sure saya akan belanja punya.

Servis biasanya 3 bulan sekali, jadi dapatlah kumpul RM150.00 untuk servis. Roadtax insurance, dapatlah kumpul RM1,200.00 untuk setahun. Lain-lain penyelenggaraan dapat RM2,400.00 setahun, boleh tukar tayar atau brake pad atau absorber. Kalau takde benda tukar, rolling untuk tahun depan.

Senang je kan?

5. Tak basuh kereta.

Hahaha yang ni memang terkena kat saya. Selalu malas nak basuh kereta, lelagi kalau nak hujan.

Tapi rupanya, kalau kita biarkan kereta kotor, nanti kotoran tu boleh menghakis kereta kita! Dan boleh buatkan kereta kita BERKARAT pulak.

Dah kena keluarkan duit untuk cat pulak, walaupun kereta kita tak sampai 10 tahun.


Jadi, janganlah kita ni semua pemilik kereta menjadi seorang pembunuh! Sayang dah bayar banyak-banyak, lepas tu tak jaga, belum puas pakai dah kena tukar lain pulak.

Semoga bermanfaat!

FB Page : RAHIM AUTO

Rabu, 18 Mei 2016

Katanya, kereta ada bunyi. Bila tanya, bunyi macam mana? Beliau jawab, bunyi enjin dia kasar.

Terima kasih kepada Cik Puan Nurul Nazirah kerana datang ke bengkel kami dan mempercayai Rahim Auto.

Beliau datang jauh dari Kepong.

Katanya, kereta ada bunyi. Bila tanya, bunyi macam mana? Beliau jawab, bunyi enjin dia kasar.

Bila kami check, memang ada bunyi kasar pada enjin, macam besi dengan besi berlaga dan bergesel.

Cik Puan Nurul, bila dengar je ada problem kat enjin, dah mula risau. Takut kos pembaikan mahal.

Tapi, bila terangkan, hanya Inlet Manifold sahaja yang perlu ditukar, nampak jelas kelegaan pada wajah beliau.

Beliau memilih spare part original Persona kerana beliau yakin dengan ketahanan barang tersebut.

"Memang mahal sikit, tapi saya lega problem dah selesai."

Alhamdulillah, masalah kereta beliau dapat kami selesaikan.
Apa- apa pun, tanggungjawab utama kami adalah memberikan penyelesaian yang terbaik dan dapat menambah nilai kepada pelanggan kami.


FB Page : Rahim Auto

Isnin, 16 Mei 2016

Tuan. Masa saya tekan brek, ada bunyi.

"Tuan. Masa saya tekan brek, ada bunyi. Masa drive pun ada bunyi. Peliklah."

Kami teka brake pad tapi mungkin ada tambahan disc brake. Jadi kami tengok kat tayar, nak lihat ketebalan brake pad kereta.

Memang sah, brake pad dah nipis sangat.


Cik Puan Nurul bersetuju untuk menukar brake pad Perodua Original untuk ketenangan minda beliau.

Beliau bernasib baik sebab disc brake tak di"makan".

Kepada semua pemandu wanita, segera tukar brake pad kereta anda sekiranya telah berbunyi.

Jangan bertangguh dan pergilah ke bengkel yang berdekatan.

Terima kasih Cik Puan Nurul Ain Azua datang ke bengkel kami dan mempercayai Rahim Auto.


Khamis, 21 Januari 2016

Kereta Tak Hidup Walaupun Tukar Bateri




Kereta Tak Hidup Walaupun Tukar Bateri. 
*********************************** 

Customer kami ni, pergi ke Bukit Jelutong. Masa pergi, tak ada masalah. Masa nak balik, ha..problem timbul. 

Kereta tak boleh hidup. Dia pun tukar bateri.Tapi dah tukar bateri pun, kereta tak nak hidup. 

Bunyi ada tapi taknak hidup. Yelah,ada bunyi maknanya bateri kuat. Kan dia dah tukar bateri tadi. 

Kami pergi ke breakdown site. Check dan confirmkan yang fuel pump dia kena tukar. 

Pasal kereta ni,tak tentu juga ya punca kereta tak hidup? Kalau kita pusing kunci kat starter, dan tak ada bunyi, mungkin bateri, mungkin alternator, mungkin juga starter. 

Kalau kita pusing kunci dan ada bunyi tapi enjin kereta tak hidup, mungkin fuel pump mungkin benda lain. 

Apa -apapun, kenal dan cari mekanik yang jujur, sebab kereta ni nyawa kita, tak ada kereta patah kaki kita. Kereta problem, susah famili kita.

Hubungi kami di talian 011-2013-2276.
Hubungi kami di talian 011-2013-2276.
Hubungi kami di talian 011-2013-2276.

LIKE FB Page kami RAHIM AUTO.
LIKE FB Page kami RAHIM AUTO.
LIKE FB Page kami RAHIM AUTO.

Isnin, 4 Januari 2016

Alamat Baru Rahim Auto 2016.



Hubungi kami di talian 011-2013-2276.
Hubungi kami di talian 011-2013-2276.
Hubungi kami di talian 011-2013-2276.

LIKE FB Page kami RAHIM AUTO.
LIKE FB Page kami RAHIM AUTO.
LIKE FB Page kami RAHIM AUTO.

Khamis, 17 Disember 2015

Datang ke bengkel selepas baca 3 Tips Banjir




Comelnya suami isteri berdua ini. Pakai sedondon, warna PINK sporting suami dia. 

Ini pelanggan baru Rahim Auto. Datang ke bengkel selepas baca 3 Tips Banjir. Servis kereta Perodua MyVi. 

Kami berikan 17-point-check PERCUMA buat mereka. Kami periksa tekanan tayar kereta. Kami checkkan wiper. Kami test semua lampu dan signal. Kami topup kan air wiper. Tengok keadaan belting kereta. Check kepala bateri. Tengok air bateri. Check jugak tayar spare. 

Semua ni kami buat free je. Sebab kami mahukan perjalanan yang lancar untuk pelanggan kami. 

Hubungi kami di talian 011-2013-2276.
Hubungi kami di talian 011-2013-2276.
Hubungi kami di talian 011-2013-2276.

LIKE FB Page kami RAHIM AUTO.
LIKE FB Page kami RAHIM AUTO.
LIKE FB Page kami RAHIM AUTO.