Sabtu, 18 April 2015

Kenapa drive shaft cepat rosak?




Para pelanggan yang di hormati. Bolehkah Tuan dan Puan meneka benda ini?

Nama produk di atas ialah Drive Shaft.

Fungsinya adalah untuk memusingkan tayar.

Anggaran jangka hayatnya di antara 4 hingga 5 tahun bergantung kepada penggunaan kereta.

Kenapa drive shaft cepat rosak?

Drive Shaft ada satu cover getah yang dipanggil Drive Shaft Cover. Cover ini melindungi drive shaft daripada sebarang kekotoran seperti air dan pasir.

Cover ini diperbuat daripada getah. Jadi ia mempunyai risiko untuk terkoyak. Apabila terkoyak, kotoran mudah terkumpul dan minyak gris akan terkeluar.

Bila minyak gris tercampur kotoran, kepala drive shaft atau C.V Joint pula akan rosak.

Jadi perlu menukar Cover Drive Shaft dengan cepat jika terkoyak. Kalau tak, poket kita pulak yang koyak nak membayar kedua-duanya.


Apakah tanda-tanda drive shaft perlu ditukar?

Ianya perlu ditukar apabila sewaktu kita memusingkan stering kereta untuk membelok, ada satu bunyi seperti besi diketuk. Bunyinya macam TUK TUK TUK.

Adakalanya bajet kita tidak cukup untuk menggantikan Drive Shaft atau Drive Shaft Cover.

Dan kita membiarkan sahaja Drive Shaft ini berbunyi semasa membelok.

Risikonya adalah kereta kita akan tersadai di tepi jalan. Bila drive shaft telah hancur, kereta akan terhenti SERTA-MERTA walaupun kita berada di tengah jalan!

Sebab bila gear digunakan, secara automatiknya tayar akan berpusing. Tapi Drive Shaft dah hancur, macam mana nak pusingkan tayar?

So, bila tersadai, tiada cara lain melainkan ditarik ke bengkel.

Jadi, ingatkan mekanik untuk memeriksa Drive Shaft Cover apabila CikPuan dan Tuan menyelenggara kereta atau servis kereta CikPuan dan Tuan semua.

Di Rahim Auto, kami menyediakan perkhidmatan PERCUMA untuk memeriksa Drive Shaft Cover kereta pelanggan dan bakal pelanggan kami.

28 ulasan:

  1. Balasan
    1. Sy tolong jawab..sbb pernah ke worksyop ni...
      21 Jalan Saujana Indah 5, Seksyen U2, TTDI Jaya, Shah Alam

      Padam
  2. Salam.. kalau kereta bebunyi seperti bedengung/seolah bunyi tayar kasar semasa memandu,apa masalah kereta tu ? Terima kasih.. tumpang bertanya

    BalasPadam
  3. Salam.. kalau kereta bebunyi seperti bedengung/seolah bunyi tayar kasar semasa memandu,apa masalah kereta tu ? Terima kasih.. tumpang bertanya

    BalasPadam
  4. Sy pun ada perasan binyi mcm berdengung skit. Ingatkan apa benda. Suluh punya suluh, tengokx drive shat penuh ngan minyak grease warna hitam...

    BalasPadam
  5. dari pengalaman saya masa pakai kereta satria dlu.., kalau bunyi berdengung tu tanda bearing tayar dah rosak.. cara nak tau sama ada bearing tayar rosak atau tak.. jek tayar, kmudian pusing roda dgn tgn dan cuba pegang absorber.. kalau ada rasa absorber bergegar itu tandanya bearing tayar anda dah rosak.. kalau salah tlg betulkn, sy bukan mekanik..

    BalasPadam
  6. dari pengalaman saya masa pakai kereta satria dlu.., kalau bunyi berdengung tu tanda bearing tayar dah rosak.. cara nak tau sama ada bearing tayar rosak atau tak.. jek tayar, kmudian pusing roda dgn tgn dan cuba pegang absorber.. kalau ada rasa absorber bergegar itu tandanya bearing tayar anda dah rosak.. kalau salah tlg betulkn, sy bukan mekanik..

    BalasPadam
  7. Zaidi Rahmat betul.. berdengung kuat biasanya bearing tayar, kereta wira bearing depan rm28 kena pegi press kt foundry upah rm12, yg belakang didatangkan khas complete dgn tapak skru 4 batang rm48..bleh d.i.y.

    BalasPadam
  8. Zaidi Rahmat betul.. berdengung kuat biasanya bearing tayar, kereta wira bearing depan rm28 kena pegi press kt foundry upah rm12, yg belakang didatangkan khas complete dgn tapak skru 4 batang rm48..bleh d.i.y.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau pejero jln dlm 110kmh dia bedengung bearing gak ke

      Padam
  9. salam bro2...nak tanya sikit..kalau drive shaft rosak ada kemungkinan tayar tercabut ke???

    BalasPadam
  10. tumpng tanya...klau kreta meter atas 90 je bergeger satu body depan...punca drive shaft jugak ke...sebb ramai ckp drive shaft...

    BalasPadam
  11. Workshop ni sy recommend. Sy pernah repair aircond...kehulu kehilir tak dapat solved. Last jumpa En Rahim di workshop beliau ..dpt settle problem. Problem Solved.

    BalasPadam
  12. Tumpang tanya bro ...saya bawak kereta bila jalan tak rata ada bunyi truk truk truk...lower arm ,mounting,absober ...semua sudah tukar ...tapi stay bunyi tu ada lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cek absober link. RM70 jer. Absorber link haus boleh buat bunyi bila jalan tak rata.

      Padam
    2. check brake caliper guide pin,myvi viva dan lain2 menggunakan guide pin ni slalu kena..

      Padam
    3. Kereta viva saya plak bila saya belok ke kanan rase mcm ade bunyi tuk tuk kat belah kiri adakah tu masalah driveshaft?

      Padam
  13. Salam tuan ... saya punya bile start perjalanan. Kadang kala ade bungi tuk tuk tapi x langgar lubang pun adakah punca dari drive shaft ?? Sebab adsober link baru mounting baru adsober spring baru... mohon pencerahan

    BalasPadam
  14. saya ingin bertanya kalau tali kipas haus..macam bergesir dan menghakis tali kipas,, apa masalahnya...satu bulan dah 3 kali tukar ..masalah masih tak selesai

    BalasPadam
  15. baru ini bateri kong..saya buat spt panduan ...masuk bateri baru,,saya cabut nagatif bateri engine tak mati...boleh start, tapi esoknya tak hidup juga..pomen suruh tukar altenator...lepas tukar altenator,,tali kipas puna terhakis..pomen kata water pump kena tukar apa pendapat tuan..dah banyak kes saya tukar spare part tapi masalah tak selesai

    BalasPadam
  16. Assalam halo..kete sy Iswara year 1999,ade bunyi seperti besi berlanggar dgn tayar..dah cek pomen,bukan driveshaft punye hal..bunyi sebelum tukar lower arm & lowered spring..lepas tukar pon masih bunyi,x kire jakan rata atau x..kalo slow,slow lah bunyi tu tapi kalo laju sikit lagi laju bunyi tu,bukan crossmember punye hal juge..atau sate bush punye hal..bunyi ape ye? Terimaksih

    BalasPadam