Isnin, 6 Mac 2017

5 Cara untuk MEMBUNUH Kereta Kita





Ergh, tajuk memang menakutkan! Sorry tapi ini adalah kenyataan jika kita buat 5 perkara ini.

1. Biarkan je Lampu Check Enjin tu menyala.


Sumber : Google

Sebenarnya kan, bila lampu ni menyala kat dashboard, kita kena dah start gelabah dah. Sebab ni tandanya ada problem kat enjin kita.

So, apa kita kena buat? Teruslah ke bengkel yang kita percaya dan yang kita biasa pergi. Sebab biasanya ini ada kaitan dengan enjin kereta kita. Dannnn, enjin ni kan macam jantung kereta. Apa-apa hal dia terhenti, terus tak boleh gerak kereta kita.

Jangan biarkan lama-lama, takut makin besar masalah dan makin besar poket kita koyak nak membayarnya.

2. Gagal menukar cecair dan penapis.


Sumber : Google

Cecair kereta bukan hanya setakat minyak enjin/minyak hitam je, ada banyak lagi sebenarnya. Minyak ATF, Coolant, Minyak Power Steering dan macam-macam lagi.

So, kita kenalah tahu sedikit tentang minyak atau cecair ni yang perlu ditukar. Takdelah kita main drive je, tetiba kereta breakdown, pastu kena bayar kos pembaikan yang beribu-ribu. 

Penapis pun sama. Ada oil filter, air filter, air-cond filter, ada banyak lagi filters dalam kereta ni. Tugasnya adalah menapis kotoran atau angin. For sure akan kotor dan boleh sebabkan tersumbat.

So, pergilah ke bengkel yang kita percaya dan Google jugak apa yang perlu ditukar mengikut mileage kereta.

3. Abaikan keadaan tayar.

Haaaa, yang ni, bukan hanya bunuh kereta, sesilap kita pun terikut join sama. Sebab tayar adalah benda penting untuk kereta kita. Pernah alami tayar pecah semasa kita drive? Bayangkan kalau kita tengah bawak laju. Memang ngeri lah sebab saya pernah ternampak kemalangan disebabkan tayar pecah.

Sumber : Google
4. Tak Ikut jadual penyelenggaraan.

Semua barang dalam kereta kita ada jangka hayat atau life span. Bila sampai waktunya, ia akan rosak dan perlu diganti. Jadi kita memang kena tahu sedikit ilmu berkaitan kereta. Dan kita kena tahu bila masanya kena tukar barang tu supaya takdelah kita pokai masa kena tukar sparepart kereta.

Selalunya, saya buat bajet BULANAN untuk kereta macam ni.

Bayar bank - RM500.00
Servis kereta -RM50.00
Roadtax insurance - RM100.00
Lain-lain penyelenggaraan - RM200.00

So, kena sediakan RM850.00 sebulan. RM500 bayar bank, lagi RM350.00 tu masuk akaun ASB atau akaun yang lain dari akaun gaji/shopping kita. Sebab selalunya, kalau nampak ada duit, sure saya akan belanja punya.

Servis biasanya 3 bulan sekali, jadi dapatlah kumpul RM150.00 untuk servis. Roadtax insurance, dapatlah kumpul RM1,200.00 untuk setahun. Lain-lain penyelenggaraan dapat RM2,400.00 setahun, boleh tukar tayar atau brake pad atau absorber. Kalau takde benda tukar, rolling untuk tahun depan.

Senang je kan?

5. Tak basuh kereta.

Hahaha yang ni memang terkena kat saya. Selalu malas nak basuh kereta, lelagi kalau nak hujan.

Tapi rupanya, kalau kita biarkan kereta kotor, nanti kotoran tu boleh menghakis kereta kita! Dan boleh buatkan kereta kita BERKARAT pulak.

Dah kena keluarkan duit untuk cat pulak, walaupun kereta kita tak sampai 10 tahun.


Jadi, janganlah kita ni semua pemilik kereta menjadi seorang pembunuh! Sayang dah bayar banyak-banyak, lepas tu tak jaga, belum puas pakai dah kena tukar lain pulak.

Semoga bermanfaat!

FB Page : RAHIM AUTO

Selasa, 17 Mei 2016

Katanya, kereta ada bunyi. Bila tanya, bunyi macam mana? Beliau jawab, bunyi enjin dia kasar.

Terima kasih kepada Cik Puan Nurul Nazirah kerana datang ke bengkel kami dan mempercayai Rahim Auto.

Beliau datang jauh dari Kepong.

Katanya, kereta ada bunyi. Bila tanya, bunyi macam mana? Beliau jawab, bunyi enjin dia kasar.

Bila kami check, memang ada bunyi kasar pada enjin, macam besi dengan besi berlaga dan bergesel.

Cik Puan Nurul, bila dengar je ada problem kat enjin, dah mula risau. Takut kos pembaikan mahal.

Tapi, bila terangkan, hanya Inlet Manifold sahaja yang perlu ditukar, nampak jelas kelegaan pada wajah beliau.

Beliau memilih spare part original Persona kerana beliau yakin dengan ketahanan barang tersebut.

"Memang mahal sikit, tapi saya lega problem dah selesai."

Alhamdulillah, masalah kereta beliau dapat kami selesaikan.
Apa- apa pun, tanggungjawab utama kami adalah memberikan penyelesaian yang terbaik dan dapat menambah nilai kepada pelanggan kami.


FB Page : Rahim Auto

Ahad, 15 Mei 2016

Tuan. Masa saya tekan brek, ada bunyi.

"Tuan. Masa saya tekan brek, ada bunyi. Masa drive pun ada bunyi. Peliklah."

Kami teka brake pad tapi mungkin ada tambahan disc brake. Jadi kami tengok kat tayar, nak lihat ketebalan brake pad kereta.

Memang sah, brake pad dah nipis sangat.


Cik Puan Nurul bersetuju untuk menukar brake pad Perodua Original untuk ketenangan minda beliau.

Beliau bernasib baik sebab disc brake tak di"makan".

Kepada semua pemandu wanita, segera tukar brake pad kereta anda sekiranya telah berbunyi.

Jangan bertangguh dan pergilah ke bengkel yang berdekatan.

Terima kasih Cik Puan Nurul Ain Azua datang ke bengkel kami dan mempercayai Rahim Auto.


Rabu, 20 Januari 2016

Kereta Tak Hidup Walaupun Tukar Bateri




Kereta Tak Hidup Walaupun Tukar Bateri. 
*********************************** 

Customer kami ni, pergi ke Bukit Jelutong. Masa pergi, tak ada masalah. Masa nak balik, ha..problem timbul. 

Kereta tak boleh hidup. Dia pun tukar bateri.Tapi dah tukar bateri pun, kereta tak nak hidup. 

Bunyi ada tapi taknak hidup. Yelah,ada bunyi maknanya bateri kuat. Kan dia dah tukar bateri tadi. 

Kami pergi ke breakdown site. Check dan confirmkan yang fuel pump dia kena tukar. 

Pasal kereta ni,tak tentu juga ya punca kereta tak hidup? Kalau kita pusing kunci kat starter, dan tak ada bunyi, mungkin bateri, mungkin alternator, mungkin juga starter. 

Kalau kita pusing kunci dan ada bunyi tapi enjin kereta tak hidup, mungkin fuel pump mungkin benda lain. 

Apa -apapun, kenal dan cari mekanik yang jujur, sebab kereta ni nyawa kita, tak ada kereta patah kaki kita. Kereta problem, susah famili kita.

Hubungi kami di talian 011-2013-2276.
Hubungi kami di talian 011-2013-2276.
Hubungi kami di talian 011-2013-2276.

LIKE FB Page kami RAHIM AUTO.
LIKE FB Page kami RAHIM AUTO.
LIKE FB Page kami RAHIM AUTO.

Ahad, 3 Januari 2016

Alamat Baru Rahim Auto 2016.



Hubungi kami di talian 011-2013-2276.
Hubungi kami di talian 011-2013-2276.
Hubungi kami di talian 011-2013-2276.

LIKE FB Page kami RAHIM AUTO.
LIKE FB Page kami RAHIM AUTO.
LIKE FB Page kami RAHIM AUTO.

Rabu, 16 Disember 2015

Datang ke bengkel selepas baca 3 Tips Banjir




Comelnya suami isteri berdua ini. Pakai sedondon, warna PINK sporting suami dia. 

Ini pelanggan baru Rahim Auto. Datang ke bengkel selepas baca 3 Tips Banjir. Servis kereta Perodua MyVi. 

Kami berikan 17-point-check PERCUMA buat mereka. Kami periksa tekanan tayar kereta. Kami checkkan wiper. Kami test semua lampu dan signal. Kami topup kan air wiper. Tengok keadaan belting kereta. Check kepala bateri. Tengok air bateri. Check jugak tayar spare. 

Semua ni kami buat free je. Sebab kami mahukan perjalanan yang lancar untuk pelanggan kami. 

Hubungi kami di talian 011-2013-2276.
Hubungi kami di talian 011-2013-2276.
Hubungi kami di talian 011-2013-2276.

LIKE FB Page kami RAHIM AUTO.
LIKE FB Page kami RAHIM AUTO.
LIKE FB Page kami RAHIM AUTO.

Isnin, 16 November 2015

3 TIPS JIKA KERETA DITENGGELAMI AIR INI AKAN MENYELAMATKAN RM3,000 DUIT POKET ANDA



Hari ini Shah Alam ditenggelami air. 

Ini di kawasan bersebelahan Giant Seksyen 13 di kawasan parking Stadium. 

Kalau kereta kita ni guna banyak elektronik, lagilah kena baca tips ini. 

Macam mana nak tahu kereta kita ni elektronik atau tak? 

Agak-agak saya lah, kereta yang berusia dalam 10 tahun. Gen2, Viva, Kelisa, BLM, Alza, MyVi. Ini geng-geng injection atau elektronik bahasa mudahnya. 

Apa yang perlu dibuat bila terjadi perkara sebegini? 

1. Jangan BUKAK PINTU langsung. 

Lepak mamak dulu, solat Maghrib. Tunggu air surut, baru bukak pintu. Nanti habis kusyen kereta busuk. 

2. Jangan START KERETA langsung. 

Call tow truck dan minta hantar kereta ke bengkel. Mekanik akan bukak computer box dan bateri lepas tu akan tembak angin bagi kering. 

Kalau pandai, bukak kepala bateri dulu. 

Kalau tak tahu, biar je. 

Kalau start jugak kereta tu, habislah computer box tu short kalau ada air masuk. 

Computer box ni macam otak kereta, sebab dia yang control semua. 

3. Jangan lupa mintak mekanik CHECK MINYAK ENJIN. 

Kalau terperasan mekanik macam tak check minyak enjin tu, tanya dia dah buat ke belum. 

Takut-takut minyak tercampur air banjir. 

Tips tambahan: 
Mintak mekanik check minyak gear box jugak. 

Kalau kereta tersemput-semput tak mahu pergi atau jerking, itu tandanya petrol dan campur air. Mintak mekanik turun tangki, servis dan buang minyak petrol lama tu. Pastu isi minyak, bayar kat mekanik dan jalan. Hehe. 

Kalau tak yakin nak hantar workshop mana, call hotline Rahim Auto sekarang. 

#rahimauto 
#011-2013-2276 

Sharekan dan like post ini sesudah baca. Terima kasih. 

#tipskereta 
#rahimauto


via Instagram http://ift.tt/20XXHgo

Jumaat, 23 Oktober 2015

PEMILIK KERETA PERDANA V6 HAMPIR KERUGIAN RM4,000 KERANA CUAI




Semalam seorang pemuda singgah ke bengkel ketika kami hampir menamatkan tugas. 

Beliau minta kami tengokkan kereta beliau sebab beliau kehilangan sesuatu. 

Tengok gambar itu. 

Apa yang sepatutnya ada tapi tiada? 

Kisahnya, beliau dari Putrajaya. Mahu pulang ke rumah. 

Sebelum pulang, rutin biasa beliau adalah menambah minyak enjin atau minyak hitam. Sebab ada bocor. 

Tetapi, beliau TERLUPA untuk menutup kembali Oil Cap kereta beliau! 

"Memang tak perasan. Terlupa betul saya bang. Saya perasan bila tiba di Tol Putrajaya, oil cap tu terjatuh ke lebuhraya." 

Alhamdulillah rezeki beliau. Sebab memang ada oil cap spare di bengkel. 

Hanya tambahkan minyak enjin dan beliau boleh pulang dengan lega. 

Terima kasih kerana mengunjungi Rahim Auto. 

#bengkel 
#bengkelkereta 
#bengkeluntukwanita 
#shahalam 
#shahalamresident 
#ttdijaya 
#keretarosak 
#tipskereta


via Instagram http://ift.tt/1kznwCI

Ahad, 27 September 2015

Terima kasih kepada Puan Siti Mariam


Terima kasih kepada Puan Siti Mariam kerana datang ke bengkel kami dan mempercayai Rahim Auto. 

Alhamdulillah, masalah kereta beliau dapat kami selesaikan dalam masa yang singkat. 

Telefon kami 011- 2013-2276 sekiranya Tuan/Puan memerlukan khidmat kami. 

#bengkel #bengkelkereta #bengkeluntukwanita #shahalam #shahalamresident #ttdijaya #keretarosak #tipkereta



via Instagram http://ift.tt/1Gbsk5x

Rabu, 23 September 2015

3 TIPS SEBELUM PERJALANAN JAUH DAN BALIK KAMPUNG



3 TIPS SEBELUM PERJALANAN JAUH **************************************** 

Jam menunjukkan pukul 4.40pm. Sepatutnya bengkel telah lama ditutup. 

Tetapi, pelanggan lebih utama. Kami faham, ramai yang mahu balik ke kampung. Jadi, perlu selenggara kereta sebelum perjalanan jauh bermula agar tidak tersangkut di tengah jalan. 

3 tips penting ini adalah:- 

1. Check angin tayar. 

2. Check lampu depan, belakang dan lampu brek berfungsi dengan baik. 
- Check juga air wiper penuh dan diletak sedikit cecair pencuci. 

3. Check air radiator dan juga kipas berfungsi. 

Lepas tu, isi minyak penuh dan Touch & Go dan mulakan perjalanan dengan Bismillah. Selamat Hari Raya Aidil Adha. 

Insyaallah semua pengorbanan kita, terutamanya korban lembu/kambing/unta, diterima Allah. 
Ameen. 

Kami bercuti dari 24 September 2015 sehingga 27 September 2015. 
Dibuka semula pada Isnin. 


#bengkel #bengkelkereta #bengkeluntukwanita #shahalam #shahalamresident #ttdijaya #keretarosak #tipskereta

Selasa, 22 September 2015

Jump start bateri

Jump start bateri di Nusa Subang, Seksyen u5 Shah Alam. 

Terima kasih Mr Lawrence kerana mempercayai kami. 

Sebarang pertanyaan atau kerosakan kereta anda boleh menghubungi kami di talian 011-2013-2276. 


#bengkel #bengkelkereta #bengkeluntukwanita #shahalam #shahalamresident #ttdijaya #keretarosak #tipkereta

Isnin, 21 September 2015

Perodua Kembara 1.5dvvt Mr Richard telah berjalan lebih 400,000km



Ini Mr Richard. Pelanggan setia Rahim Auto. 

Perodua Kembara 1.5dvvt telah berjalan lebih 400,000km. 

TETAPI, ini adalah ENJIN ASAL. Pergh..memang tip-top la. Tabik kami kepada beliau. 

Kata beliau, ini kereta carik makan. Kena jaga baik-baik maaa... 

Apa yang beliau buat adalah, jaga servis penyelenggaraan. Pakai minyak semi-synthetic (7,000km) tetapi tidak pernah menggunakannya melebihi 7,000km. 

Macam semalam, ada lagi 1,000km sebelum diservis, tetapi beliau telah menyelenggara kereta beliau. 

Satu lagi, bila ada masalah, terus beliau minta Rahim Auto bereskan tanpa nanti. 

Jadi kerosakan itu tidaklah berlarutan. 

Terima kasih Mr Richard kerana mempercayai kami. 

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi kami di talian 011-2013-2276. 


#bengkel #bengkelkereta #bengkeluntukwanita #shahalam #shahalamresident #ttdijaya #keretarosak #tipskereta

Terima Kasih kepada Tuan Mohammad Hazrin ke bengkel kami.




Terima Kasih kepada Tuan Mohammad Hazrin ke bengkel kami. 

Servis untuk balik kampung sempena cuti Hari Raya Haji.